Friday, 22 February 2013

Majlis Perkahwinan Liyana dan Akmal (PART 4)

Habis jer majlis kat rumah perempuan, saya ngan hubby terus ke Taman Seribu Bunga kat Ayer Keroh untuk sesi bergambar outdoor, penat ler sangat..

Ni taman seribu bunga ke 1 bunga jer.
Sayang jgn menyelit kat tepi buluh nnti dapat miang baru tau.
Eh!!!kat sane ade funfair la jom sayang.
Cakk!! sayang awak wat aper tuh??.
Thanks yer taman bagi kiteorg berposing kat sini...cayang muakkk..bye

Majlis Perkahwinan Liyana dan Akmal (PART 3)

Bulan 12 selalunye dikaitkan dengan hujan, takut gak majlis nak sambut pengantin lelaki hujan lak, tapi alhamdulillah panas nyer bukan main lagi..


Pelamin saya and hubby..simple jer..
This is me.
This is hubby.
HUHU..rase kan korang dok tengah panas..sory about this, rumah saya xder pokok besar2 lagi.
Family pengantin lelaki..duduk kat khemah makan beradab.
Main cuap2 u olls.
This is my Dad and my mom.
Kengkawan Office Primary Horizon (maintenance)..Thanks guy datang meriah kan majlis..
Kawan kolej Wahida..apahal muka saya tuh..
Kawan sekolah Yunn.
Kawan sekolah Mieza.
Saya ngan pengapit (sepupu saya = ain).panas giler, nak gi jemput pengantin lelaki.







Majlis Perkahwinan Liyana dan Akmal (PART 2)


31/12/2011 mula majlis sebelah perempuan..0600 pagi bangkit tidur solat Subuh dulu..pastu x tido2 dah tau. 1000 pagi bersiap nak amek gambar pakai baju cantik2..x sabar sgt time nie..yahooo!!!..

Pagi tu dimulakan dengan majlis berzanji untuk panjatkan rasa kesyukuran pada Pencipta Esa.
Baju persalinan pertama = Baju Jawa..(org jawa xdpt pakai baju)hehe
Baju persalinan ke 2 = Baju Balqis, nampak tembam lak aku ni.
Baju persalinan ke 3 = Baju Korea. Nak rase gak jadi org Korea jap kan.

Majlis Perkahwinan Liyana dan Akmal (PART 1)

Assalamualaikum sume, alhamdulillah saya masih diberi peluang oleh ALLAH SWT utk bernyawa mencari ilmu dunia, disamping mencari ilmu akhirat..Korang dah sarapan lom??saya pun lom, jap lagi kite sarapan yerk! Pagi saya nak share ngan korang sume pasal kenduri kawin saya..saya ngan hubby nikah 30/12/2011, nikah kat masjid lepas solat isyak (lambat bebeno), mase saya nak nikah kat rumah jer imam cakap buat kat masjid lagi afdal..ape2 je la kan janji dh nikah.. Lepas isyak saya terus siap2 mekap2 bagai lah..naik kete kancil pakai selipar JEPUN gi nikah..hahahaha (kene marah ngan mak andam)..jom la kite tgk gmbar mase nikah!.

Family hubby..Yg pakai baju putih berkain samping tu la hubby saya...encem+cumel kan..

This is my IC and hubby too..dah tampal dalam buku senarai nikah masjid (ye kot)
Imam depan saya, mase ni takut. dia tanya macam polis pencen..hehehe.,soly yer imam Jamal..
This is my lovely father (abah). saya minta izin nak kawin.. kalau abah x izin kan, maksud nyer saya xle kawin tau..
Mase dah time..paklong saya (baju purple) jadi saksi 25..hehe..Heii hubby awak takut x..jantung sampai nak terkeluar kot..
Abah and hubby.
What is this? dalam nyer rantai batal air sembahyang. bunga tuh ader mas kahwin..
Sedih sgt hubby ni..relax la..
Taaaraa!!!!We are married now....
Letak 1 je gambar malam berinai..yg lain sume nampak macam gumuk..




Kiteorg SAHABAT Trip To Hospital Tampoi..Huureyyyy!!!

Kak Is, Ifa, Nad, Qu, Kak Nurul and Aziah, masa ni saya yg amek gambar..Untung ler korang kan..Kak Is yg pakai spek mata tuh dah meninggal dunia. Sedih sgt kiteorg mase dapat tau dia dah xde..Al-Fatihah.
Smpi dalam pukul 11 lebih..Naik kematu B@#$*T saya duduk dalam bas..
Baju hijau ni Ustaz yg mengkondak (bahasa buat sendiri) program kiteorg.
Bergambar dengan orang kuat Hospital Permai..Budak Kelas saya + budak DPSM (sumber manusia) coz subjek kiteorg  x banyak perbezaan pun..tuh yg buat skali.
Ni la keseluruhan budak kelas saya. xder yg tertinggal.
Saya dan Ain. saya xder la cantik sangat..cuma bangga dengan pemberian ALLAH SWT jer.
Ni la gambar2 sekilas pandang mase kat Hospital Tampoi..seronok x terkata. sedih pun ye gak. tgk ramai x sesempurna kite yg masih lagi tidak bersyukur apa yg ader..

Thursday, 21 February 2013


Mari kite hayati Khutbah ni, saya copy jer supaya kite sama2 dapat baca yer..

TAJUK: ISLAM AGAMA FITRAH
TARIKH: 22 /2/2013 (Jumaat)

Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk Islam agama fitrah.
Islam adalah satu agama yang mengandungi ajaran-ajaran yang dapat digunakan oleh umat manusia dalam mengharungi hidup yang semakin mencabar ini. Ajaran Islam sudah lengkap serta sempurna dan satu-satunya agama yang diakui disisi Allah subhanahua ta'ala, seperti yang dinyatakan dengan firmannya dalam surah Al-Imran ayat 19
Maksudnya : ' Sesungguhnya agama yang diakui disisi  Allah ialah Islam '
Allah subhanahua ta'ala telah menurunkan agama Islam itu dengan selengkap-lengkapnya, mengandungi petunjuk-petunjuk yang diperlukan dan agama yang diredhai Allah untuk dijadikan pedoman dalam segala hal. Firman Allah ta'ala dalam surah Al-Maidah ayat 3,
' Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan aku telah cukupkan kepadamu nikmatku, dan aku telah diredhai Islam ini menjadi agamamu '
Kesempurnaan agama Islam, bukan sahaja kerana ajarannya yang serba lengkap, sanggup menghadapi zaman, tetapi juga kerana sesuai dengan tabiat dan fitrah kejadian manusia, Sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud : ' hadapkanlah seluruh dirimu dengan betul-betul kepada ciptaanku Allah, yang dijadikannya manusia sesuai dengan agama itu. Itulah agama yang benar, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui '
Sebahagian dari ajaran Islam, yang setiap waktu dapat digunakan menjadi pedoman dan ujian dalam menilai hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang sesuai dengan perkembangan fikiran dan kemajuan.
Salah satu kaedah umum menurut ajaran Islam ialah, bahawa setiap orang akan mencapai prestasi atau hasil sesuai dengan usaha yang dilakukannya. Sekiranya amalan banyak, tentu hasilnya pun banyak, sebaliknya, kalau amalan sedikit, maka sedikit pulalah hasil yang didapatinya.
Ketentuan  yang demikian, ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran surah An-Najm ayat 39-41 yang bermaksud : ' dan sesungguhnya manusia itu hanya memperolehi apa yang diusahakannya, dan bahawa hasil usahanya itu kelak akan dilihatnya, kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup '
Jelaslah bahawa ukuran yang dipakai oleh Islam untuk memberikan hasil kepada manusia, ialah berdasarkan usaha yang dilakukan samada amal ibadat dan aktiviti keduniaan, dan lain-lain. Dalam ajaran Islam, tidak ada perbezaan antara sesama manusia, semua manusia sama sahaja, kedudukannya disisi Allah. Dalam pada itu, Allah sentiasa menunjukkan limpah rahmatnya dan kasih sayangnya dalam memberikan balasan yang lebih baik terhadap perbuatan-perbuatan kebajikan, sedangkan terhadap perbuatan-perbuatan kejahatan, hanya diberikan balasan siksa yang serupa dan seimbang dengan kejahatan yang dilakukan, seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, surah Al-Qasas ayat 84
Maksudnya : ' Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, nescaya ia mendapat balasan yang lebih baik dari perbuatannya itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka orang-orang yang mengerjakan itu, tidak dibalas atau dihukum melainkan sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya '
Menurut ajaran Islam, setiap orang yang bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri. Dia tidak boleh memikulkan beban dosa yang dilakukan atas perbuatannya itu kepada orang lain, walaupun orang yang berkenaan bersedia memikulnya.
Seorang ayah atau ibu tidak dipertanggungjawabkan atas perbuatan atau dosa anaknya. Begitu pula seorang suami terhadap dosa dan perbuatan isterinya, kecuali jika dia menjadi punca mereka melakukan dosa dan demikian pula sebaliknya. Seperti mana firman Allah dalam surah At-Thur ayat 21 yang bermaksud : ' Setiap orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang dikerjakannya '. Firman Allah lagi dalam surah Al-Muddasir ayat 38 yang bermaksud : ' Tiap-tiap diri, terikat dengan apa yang diusahakannya '
Maksud kedua-dua ayat ini ialah, bahawa setiap orang akan menerima pahala atau siksa yang seimbang setimpal dengan perbuatan. Dalam Al-Quran banyak terdapat kisah-kisah yang menunjukkan keadaan yang demikian. Umpamanya nabi Allah Ibrahim a.s. seorang yang beriman kepada Allah sedang ayah kandungnya sendiri seorang musyrik. Nabi Allah Nuh a.s. tidak mampu menolong isteri dan anaknya ketika terjadi taufan, sehingga kedua-duanya itu tenggelam dalam banjir yang melanda, sebab mereka tidak beriman. Firaun adalah seorang raja yang engkar terhadap Allah, malah mengakui dirinya menjadi tuhan, sedang isterinya bernama Asiah adalah seorang muslimat. Kesemua kisah tadi menjadi contoh, bahawa masing-masing bertanggungjawab atas perbuatan sendiri.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Islam tidak memikulkan sesuatu kewajipan ke atas bahu seseorang, kecuali menurut kemampuan masing-masing. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah subhanahua ta'ala. Oleh sebab itulah, maka dalam peraturan pelaksanaan kewajipan-kewajipan ibadah solat, solat itu wajib dikerjakan dalam keadaan badan berdiri tegak. Tetapi sekiranya tidak mampu kerana sakit dan sebagainya, bolehlah dikerjakan dalam keadaan duduk atau keadaan berbaring,gerakan anggota atau isyarat mata. Sekiranya tidak mampu juga dengan hati dan ingatan.
Sabda Rasulullah Allah yang bermaksud : ' Kerjakanlah sesuatu amal menurut kemampuan kamu, jauhilah apa yang aku larang kepada kamu, dan apa-apa yang aku perintahkan hendaklah kamu kerjakan menurut kesanggupan kamu, '
Kaum muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya agama Islam melarang sesuatu perbuatan atau tindakan yang merugikan diri sendiri dan yang merugikan orang lain. Dilarang menyakiti diri sendiri, membunuh diri, mencuri, menipu, bersubahat, fitnah menfitnah atau menjatuhkan diri sendiri ke lembah kesengsaraan walaupun dengan motif sebab apa sekalipun. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195
Yang bermaksud : " Janganlah kamu menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam jurang kebinasaan"
Sidang jumaat yang budiman,
Hukum-hukum dan peraturan Islam pada umumnya sesuai dengan pendapat dan pertimbangan akal. Ada yang halal dan ada yang haram, semua ini ada rahmat dari Allah untuk manusia yang harus dimanfaatkan. Demikianlah hakikat hukum Islam. Dengan dasar dan titik tolak yang demikian, maka Al-Quran memperingatkan, supaya jangan lekas-lekas menjatuhkan hukum haram terhadap sesuatu hal, jika tidak secara terang-terangan diharamkan oleh nas Al-Quran dan Sunnah.
Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 32 yang bermaksud : ' Katakanlah, siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambanya dan siapa pulalah yang mengharamkan rezeki yang baik-baik' 
Dari ayat tadi dapatlah difahamkan, bahawa perhiasan ataupun makanan dan minuman yang tidak terang-terang dilarang atau diharamkan Allah, adalah nikmat dan rahmat illahi yang diharuskan oleh Allah subhanahua ta'ala.
Kesimpulannya, agama Islam adalah satu agama yang cukup lengkap dalam apa sahaja aspek kehidupan. Ia adalah agama yang mengatur cara hidup manusia di dunia ini agar sentiasa harmoni tidak sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita menghayati agama Islam yang sempurna ini untuk mencapai kejayaan yang mutlak di dunia serta di akhirat.

Wednesday, 20 February 2013

Jeruk Dari Penang!!!!!!

Jeruk From Penang
Selamat pagi sume. Harap hari ni kite sihat hendakNya. Pagi saya dapat sesuatu dari seseorang iaitu Abg Shahrizan (betul kot eja nama dia camni hehehe). Saya dapat jeruk from Penang. Sedap nyer!!!!!!!!!..Tp gmbar ni saya dari image kat google..Hp saya xle bukak FB lak.Pehal ntah...??So xleh la nak donlod gmbar..Xpe lah ;( Korang tau x camne nak wat jeruk ni. saya pun x tau..saya dah baca kat google cara nak buat jeruk ni..Tapi cam malas nak taip kt ruangan ni..panjang sangat cara nyer..ala xyah nak tnjuk rajin sgt la kan...beli pastu makan jer..BELI PASTU MAKAN JER!!!!!huhu...