Thursday, 20 September 2012

Aku hanyalah Wanita....

Setiap insan yg bernama wanita pasti ada perasaan ingin menjadi yang terbaik dalam hidupnya samada sebgai rakan yg terbaik, anak yg terbaik, isteri yg terbaik atau muslimah yg terbaik kerana semua perasaan itu adalah satu kurnian dari Allah swt. Perasaan itu juga merupakan sebagai satu petanda bahawa iman masih ada dlm diri walaupun kita kekadang berasa yg kita terlalu dekat dengan kemungkaran dosa dan terlalu jauh dengan hidayahnya. Insyallah selalulah bermuhasabah diri dan positif pd diri kita bahawa Allah masih dan sentiasa ingat pada kita cuma kita sahaja yang selalu lupa padanya. Cara untuk kita ingat padanya hanyalah dengan mengerjakan solat kerana ketika solat kita amat hampir padanya dan semoga Allah memberi kekuatan pada saudari untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan untuk berubah dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan perlindungan kepada kita semua. Bersabarlah, Bermuhasabahlah dan Berdoalah insyallah pasti kita boleh berjaya, insyallah.

No comments:

Post a Comment